Thursday, December 22, 2011

Duit Kertas & Syiling Baru

Harini aku dapat email dari my BFF tentang duit syiling & kertas yang akan mula diedar pertengahan Januari 2012. Aku pon on the spot la update blog ni . . . Jom kite tengok gambar duit syiling & duit kertas yang baru. Tak sabar nak tengok yang kaler ORANGE!


Duit syiling bernilai 5sen, 10sen, 20sen, 50sen telah dilancarkan pada 25 July 2011 dan akan di edarkan pada pertengahan Januari 2012.


Wang kertas bernilai RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.Wang kertas RM50 untuk siri mata wang yang baru sudah dalam edaran. Untuk siri baru ini, polymer substrate yang digunakan untuk wang kertas RM1 & RM5. Siri wang kertas yang baru akan mula diedar pada separuh kedua 2012. Untuk menandakan pengenalan siri mata wang yang baru, 


Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang kertas kenang-kenangan. Tiga jenis koleksi wang kertas kenang-kenangan akan ditawarkan untuk jualan seperti berikut:

#Koleksi single banknote(nilai RM20) - 500,000 set dijual pada harga RM 30.00
#Koleksi two banknote (nilai RM1 dan RM5) - 500,000 set dijual pada harga RM15.00
#Koleksi six banknote (nilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set berharga RM300.00 setiap.

Bagi setiap set koleksi ini, wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 akan membawa nombor siri yang sama.

Nilai Icon
RM100 Gunung Kinabalu, dan formasi batu puncak Gunung Api lembah
RM50 Minyak Kelapa Sawit dan Biotechnology
RM20 Penyu Karah & Penyu Belimbing
RM10 Rafflesia
RM5 Badak Enggang
RM1 Wau Bulan

Untuk lebih detail boleh layari website Bank Negara Malaysia 



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...